Pembangunan & Pengurusan SRITI Samad Gul, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan
SRITI Samad Gul merupakan sekolah rendah integrasi teras islam yang bertapak di Rantau Panjang, Pasir Mas Kelantan. Sekolah ini memberikan pendidikan peringkat rendah berasaskan kurikulum intergrasi meliputi tahfiz, fardu ain dan fardu kifayah melalui persekitaran yang kondusif agar dapat melahirkan Generasi Soleh Pintar Rabbani Murabbi.
SRITI Samad Gul berhasrat untuk mengembangkan lagi jumlah pelajar agar dapat melahirkan lebih ramai modal insan disamping dapat memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat yang berminat untuk menjadi guru dan staff SRITI Samad Gul.
Namun begitu, hasrat kami tergantung apabila dana untuk mengubah suai bangunan terlalu sikit dan tidak mencukupi. Oleh itu, kami dengan rendah hati ingin memohon sumbangan dari masyarakat agar impian kami tercapai.
Sedekah dan puasa adalah sebab kemudahan meraih ampunan dosa dan selamat daripada seksa neraka
الصِّيَامُ جُنَّةٌ مِنَ النَّارِ كَجُنَّةِ أَحَدِكُمْ مِنَ الْقِتَالِ
“Puasa adalah pelindung daripada neraka seperti pelindung salah seorang daripada kalian ketika ingin berlindung daripada pembunuhan.”
(HR Ibnu Majah & an-Nasa’i)
.
وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَصَلاَةُ الرَّجُلِ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ
“Sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana api dapat dipadamkan dengan air, begitu pula solat seseorang selepas tengah malam.”
(HR Tirmidzi & Ibnu Majah)
HANYA RM 180,000 DIPERLUKAN BAGI MENGECAPI IMPIAN KAMI
Berikut merupakan kiraan kos asas ubah suai bangunan :
- 4 TANDAS & KEMASAN : RM 10K
- KEMESAN LANTAI (VINYL FLOOR) : RM 16K
- MENGECAT & KEMASAN : RM 10K
- PENDAWAIAN ELEKTRIK : RM 15K
- TANGGA KECEMASAN : RM 15K
- KOS ASAS PELAJAR : - KERUSI & MEJA (100 UNIT) : RM 20K
- PENYAMAN UDARA (7 UNIT) : RM 40K
- KIPAS SYILING & LAMPU (14 UNIT) : RM 5K
- KOMPUTER & PRINTER (3 UNIT) : RM 7K
- PAPAN PUTIH (5 SET) : RM 4K
- FIRE EXTINGUISHER (3 UNIT) : RM 1K
- MEJA KAUNTER PEJABAT (1 UNIT) : RM 3K
- WORKSTATION GURU (1 SET) : RM 4K
- ALMARI (2 UNIT) : RM 1K
- ELEKTRIK : RM 2K
- UTILITI : 3K
- KEBAJIKAN PELAJAR (100 ORANG) : RM 10K
- KEBAJIKAN GURU (9 ORANG ) : RM1.4K
Manakala bagi kos pengurusan adalah sebanyak RM13.6K bangi keseluruhan kos melibatkan pengurusan.
Buat pengetahuan semua penyumbang, tahun 2021 adalah tahun pertama SRITI Samad Gul beroperasi. Justeru, pihak kami memerlukan sejumlah besar sumbangan bagi menyiapkan fasiliti-fasiliti yang telah disebutkan.
Pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan barangan seperti meja, kerusi, dan peralatan fizikal yang lain. Bagi mengetahui keperluan semasa sekolah, pihak penyumbang boleh berhubung dengan pihak sekolah.
InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan dan diberikan kelancaran proses persiapan sekolah.
[Keadaan Dewan SRITI Samad Gul]
Apa yang akan berlaku sekiranya dana tidak mencukupi?
- Sekolah tidak dapat beroperasi dengan baik.
- Motivasi pelajar dan guru akan terganggu.
Bayangkan setakat ini, kami memerlukan beratus ribu bagi pembukaan sekolah pada tahun hadapan dan masih belum mencukupi untuk meneruskan pengajian. Malah, timbul kerisauan gaji para guru juga tidak dapat kami penuhi pada masa hadapan jika kami tidak mempunyai dana yang mencukupi bagi menampung kos-kos pembinaan.
BAGAIMANA SUMBANGAN BOLEH DILAKUKAN?
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CD, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah
Akaun :
PERTUBUHAN KEBAJIKAN PRIHATIN UMMAH RANTAU PANJANG (MAYBANK)
No Akaun : 5530 1063 5550
Letakkan reference "SRITISG" untuk mudahkan pihak kami agihan dana.
Maklumat tambahan:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi 0103421766 (Pej Sekolah)